Profil Sheikh Muhammad kamil Suhaimi

Name:
Location: Melbourne, Victoria, Australia

Pada tanggal 7 Ogos 1972, jam 4.35 pagi, sebuah keluarga nelayan telah dianugerahkan seorang cahaya mata ke 5. Kelahirannya diikuti seruan azan & iqamah dari datuknya yang saban hari mendidik para pelajar di madrasah arab disebelah rumahnya, dan di madrasah arab itulah anak ini dididik dengan ilmu agama oleh datuknya. Pahit manis hidup dalam kedaifan sebagai anak nelayan telah mengajar hidup ini erti kesabaran dan keredhaan. Mendapat pendidikan formal di SRK Kuala Besut. Pada usia 13 tahun, anak ini telah melanjutkan pelajaran menengahnya di SM Ugama Sultan Zainal Abidin hingga tingkatan 3, sebelum meyambung pelajaran ke MRSM Jasin, seterusnya ke matrikulasi USM di MRSM Kulim. Berkat doa dari ahli keluarga, anak ini telah diterima untuk pengajian MBBS di Melbourne. Setelah memperolehi MBBS, pelajaran disambung serentak di bidang MSc & MRCP di Royal College of Surgeon, Ireland sebelum kembali untuk bertugas di Melbourne.

Tuesday, January 24, 2006

Saidina Handzalah Radiallahuanhu

Handzalah by Rabbani

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Senilagu: Yusri Yusof
OP : EMI Music Publishing (M) Sdn Bhd
Senikata : B Nury
OP : Permata Audio Publishing Sdn Bhd